Cara Outline Berfungsi
Jalankan VPN anda sendiri dan kawal trafik Internet anda
Outline meningkatkan model VPN tradisional dengan membolehkan semua orang membuat VPN mereka sendiri dengan mudah.
VPN tradisional
VPN tradisional biasanya dapat disekat dengan mudah kerana VPN ini dapat dikesan dengan mudah.
Apabila anda menggunakan VPN, trafik anda adalah tanpa nama tetapi protokol keselamatan tertentu yang digunakan oleh VPN yang popular menggunakan tandatangan kriptografi unik yang boleh dikenal pasti dan disekat dengan mudah.
Apabila anda menyambungkan peranti kepada VPN tradisional, trafik anda boleh dikesan dengan mudah kerana jumlah bagi trafik yang sama menyebabkan pelayan dapat ditemukan dan disekat dengan mudah.
Outline
Outline berfungsi apabila VPN lain disekat dan mampu mengatasi bentuk penapisan yang canggih seperti sekatan berasaskan rangkaian atau sekatan IP.
Outline adalah lebih bingkas kerana perisian ini dibina menggunakan protokol yang direka bentuk agar sukar untuk dikesan dan dengan itu, lebih sukar untuk disekat.
Kongsi akses kepada pelayan anda secara peribadi dengan sekumpulan orang yang dipercayai. Semakin sedikit orang yang menyambung kepada pelayan anda bermaksud pelayan anda lebih sukar untuk dikesan dan lebih mudah untuk kekal peribadi.
Outline dibina dengan mengutamakan privasi anda.
Outline tidak akan sekali-kali merekodkan log trafik anda atau menjejaki penggunaan Internet anda.
Dapatkan Outline Manager Dapatkan Outline Client