Memperkenalkan Outline SDK - strategi lanjutan untuk kebingkasan yang lebih kukuh terhadap gangguan rangkaian Ketahui lebih lanjut

Mulakan

Dua Produk yang Berfungsi Bersama

Outline terdiri daripada dua produk yang saling bergantung dan berfungsi bersama untuk memberi anda dan komuniti anda akses kepada Internet tanpa gangguan.

Step 1

Bermula dengan Outline Manager

Sediakan pelayan anda daripada aplikasi desktop Outline Manager

Outline Manager

Muat turun aplikasi desktop Manager untuk mula menyediakan pelayan anda. Outline direka bentuk untuk membolehkan anda mengurus segala-galanya tentang pelayan anda pada satu tempat. Pilih daripada senarai penyedia awan yang dipercayai atau anda boleh menggunakan infrastruktur Linux anda sendiri. Kebanyakan penyedia awan menawarkan pelan dengan harga $5USD atau kurang untuk sebulan.

Setelah anda memuat turun Manager, anda akan digesa supaya memilih penyedia awan yang mahu anda gunakan untuk menjalankan pelayan anda. Pilih daripada beberapa penyedia yang paling dipercayai seperti Digital Ocean, AWS atau Google Cloud. Setelah anda memilih penyedia awan anda, mereka akan membimbing anda melalui proses penyediaan khusus mereka tetapi anda akan dapat mengurus pelayan anda daripada Outline Manager anda.

Outline membolehkan anda memilih lokasi pelayan anda. Tetapkan laluan trafik anda melalui Singapura, Jerman atau Amerika Syarikat dan pelbagai lokasi lain.

Windows Windows Windows
Linux Linux Linux
MacOS MacOS MacOS
Muat turun Outline Manager

Step 2

Janakan Kunci Akses

Buat kunci akses untuk menyambungkan peranti anda dan kongsi akses dengan rangkaian anda

Outline Manager

Selepas menyediakan pelayan anda, janakan kunci akses yang unik secara terus daripada aplikasi desktop Manager. Manager membolehkan anda menghantar undangan untuk membuat sambungan kepada pelayan anda melalui platform komunikasi pilihan anda. Kunci akses ialah cara yang membolehkan anda menyambungkan peranti anda kepada Outline Manager dan melindungi peranti menggunakan pelayan anda. Setiap kunci akses adalah unik dan boleh diuruskan atau dipadamkan secara terus daripada pelayan. Had data membolehkan anda mengawal lebar jalur yang dibenarkan untuk digunakan oleh setiap kunci.

Langkah membuat sambungan kepada pelayan anda adalah semudah menerima undangan anda. Setelah membuat sambungan, anda boleh menghidupkan dan mematikan sambungan anda dengan mudah daripada apl.

KETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PERKONGSIAN AKSES

Step 3

Dapatkan Apl Outline Client untuk desktop dan peranti mudah alih

Buat sambungan menggunakan kunci akses unik anda

Muat turun apl Outline Client daripada Gedung apl atau Google Play Store dan buat sambungan menggunakan kunci akses unik anda. Apl Client tersedia untuk desktop dan peranti mudah alih, agar anda boleh mengakses Internet terbuka dan berkomunikasi secara peribadi dari mana-mana tempat dan daripada semua peranti anda.

Setelah menyambungkan peranti anda sendiri, anda boleh berkongsi akses kepada pelayan anda dengan rakan atau rakan sekerja anda. Janakan kunci akses yang unik dan hantarkan kepada sesiapa sahaja dalam rangkaian anda yang memerlukan akses tanpa penapisan kepada Internet. Urus akses kepada pelayan anda dengan had data, memberi anda pilihan untuk mengehadkan penggunaan sekiranya seseorang dalam rangkaian anda menggunakan terlalu banyak lebar jalur.

Android Android Android
Windows Windows Windows
Chrome Chrome Chrome
iOS iOS iOS
Mac Mac MacOS
Linux Linux Linux
DAPATKAN OUTLINE CLIENT

Gunakan pautan alternatif. Ketahui keperluan untuk menjalankan klien.

Tidak menemukan perkara yang dicari?

Lihat halaman sokongan kami.

Soalan Lazim Outline