Soalan Lazim
Soalan Lazim
Tidak menemukan perkara yang dicari?
Lihat Pusat Bantuan kami untuk mendapatkan lebih banyak bantuan teknikal.
Tidak, Outline bukan VPN. Outline membolehkan sesiapa sahaja menyediakan dan mengurus pelayan VPN peribadi mereka sendiri.
- Outline menggunakan protokol tanpa jabat tangan yang kelihatan seperti tiada apa-apa, yang sukar untuk dikenal pasti, tidak seperti protokol VPN standard yang boleh dikenal pasti dan disekat dengan mudah.
- Pengedaran akses secara peribadi. Tidak seperti VPN umum yang membolehkan penapis mengakses dan menyenaraikan pelayan yang perlu disekat dengan mudah.
- Sekiranya disekat, pelayan boleh dibuat semula dengan mudah menggunakan Outline.
Kunci akses hanya boleh dijanakan daripada Outline Manager. Hubungi kenalan anda yang telah menyediakan pelayan menggunakan Outline Manager atau sediakan pelayan anda sendiri dan hantar kunci akses kepada diri anda sendiri.
Outline telah diaudit oleh dua firma keselamatan bebas. Baca laporan mereka di sini: Radically Open Security (Mac 2018, Disember 2022), Cure53 (Disember 2018, Januari 2024).
Outline tidak mengumpulkan maklumat peribadi melainkan anda memilih untuk memberikan maklumat tersebut. Outline juga tidak mengumpulkan maklumat tentang laman web yang anda lawati atau orang yang berkomunikasi dengan anda atau perkara yang anda bincangkan. Untuk membaca lebih lanjut tentang data yang dikumpulkan, lihat artikel sokongan ini.
Sekiranya anda membuat atau log masuk ke akaun dengan penyedia awan melalui Outline Manager, kami tidak mengumpulkan sebarang maklumat yang anda berikan kepada pembekal awan anda, seperti alamat e-mel, nama, maklumat bil dan butiran pembayaran anda.
Pilih penyedia awan anda berdasarkan keperluan dan belanjawan anda secara khusus. Google dan Amazon Web Services ialah nama yang dipercayai. Digital Ocean menawarkan beberapa pelan yang paling murah untuk setiap bulan dan kebanyakan pengguna melaporkan bahawa langkah penyediaan Digital Ocean adalah yang paling mudah.
Anda boleh berkongsi kunci akses secara terus daripada Manager. Tindakan mengklik CTA kongsi kunci akses akan memaparkan undangan yang mengandungi mesej praisi yang memberi penerima arahan tentang cara menerima kunci, memuat turun Client dan membuat sambungan kepada pelayan Outline anda. Anda perlu mengetahui alamat e-mel atau nombor telefon penerima anda untuk menghantar kunci akses dan arahan untuk membuat sambungan kepada mereka.
Anda tidak mengetahui pihak yang boleh mengakses data anda apabila anda menggunakan VPN yang kebanyakannya adalah percuma. Kebanyakan VPN yang percuma berkongsi atau menjual data anda atau menjejaki aktiviti dalam talian anda. Sesetengah pakar keselamatan mendakwa bahawa kebanyakan VPN percuma yang popular membolehkan kerajaan atau pengawas lain melakukan pengawasan melalui akses pintu belakang. Kebanyakan VPN yang percuma juga terdedah kepada sekatan dan pengesanan.
Walaupun Outline berasaskan sumber terbuka dan boleh digunakan secara percuma, jenama kami dimiliki Jigsaw dan tidak boleh disalah guna. Sila baca dan ikuti garis panduan ini untuk memastikan anda mengelakkan potensi dakwaan mengelirukan atau salah anggap perhubungan anda dengan Outline atau dengan Jigsaw, dan menggunakan elemen jenama yang diluluskan dengan betul.
Tidak menemukan perkara yang diperlukan?
Hubungi pasukan untuk mendapatkan bantuan lanjut
Hubungi kami