Memperkenalkan Outline SDK - strategi lanjutan untuk kebingkasan yang lebih kukuh terhadap gangguan rangkaian Ketahui lebih lanjut

Akses kepada Internet terbuka dan bebas

Outline memudahkan proses pembuatan pelayan VPN, membolehkan sesiapa sahaja mengakses Internet terbuka dan bebas.

Dapatkan Outline

Penapisan Internet terus meningkat sejak sedekad yang lalu.

Outline membolehkan sesiapa sahaja mengakses Internet terbuka dan bebas secara lebih selamat dengan menjalankan VPN mereka sendiri. Anda boleh mengakses Internet dengan lebih selamat dan membuat sambungan yang lebih sukar untuk disekat dengan menjalankan pelayan VPN anda sendiri melalui Outline.

Mengapakah saya perlu menggunakan VPN?

VPN berguna untuk memastikan komunikasi anda kekal peribadi dan membolehkan anda mengekalkan akses kepada Internet terbuka. Namun dengan kebanyakan penyedia VPN, kadangkala anda tidak mengetahui pihak yang mengawal VPN tersebut dan pihak yang boleh mengakses data anda.

Sebelum ini, penyediaan pelayan VPN ialah proses yang rumit—tetapi kini tidak begitu lagi.

Mengapa Outline?

Outline membolehkan sesiapa sahaja menyediakan, menjalankan dan berkongsi akses kepada VPN mereka. Outline direka bentuk untuk mengatasi sekatan. Perisian ini membolehkan anda mengawal persediaan pelayan anda, termasuk lokasi pelayan anda. Outline menggunakan teknologi yang telus, menggunakan sumber terbuka sepenuhnya dan telah diaudit oleh dua firma keselamatan untuk memastikan teknologi yang digunakan kekal canggih dan selamat.

Mengatasi Sekatan

Outline mampu mengatasi beberapa bentuk sekatan yang paling canggih termasuk sekatan DNS, kandungan dan IP. Pengguna melaporkan bahawa Outline berfungsi walaupun VPN lain yang popular disekat atau gagal membuat sambungan.

Skala

Kongsi akses kepada pelayan Outline anda dengan mudah terus daripada Outline Manager. Buat kunci akses unik daripada aplikasi desktop Manager dan kongsi dengan rangkaian yang dipercayai melalui e-mel atau media sosial. Dengan Outline, anda boleh memberikan sokongan kepada ratusan pengguna dengan memberi mereka akses kepada pelayan anda, atau kongsi akses dengan kenalan rapat sahaja.

Kawalan

Outline membolehkan anda mengawal cara anda mengakses Internet dengan memberi anda kawalan terhadap pelayan anda sendiri. Perisian ini membolehkan anda menentukan lokasi pelayan anda dan pengguna yang boleh mengakses pelayan tersebut. Outline Manager membolehkan anda menetapkan had data bagi setiap pengguna yang mengakses pelayan anda melalui Apl Client.

Dua Produk yang Berfungsi Bersama

Outline mengandungi dua produk yang dikuasakan teknologi teras kami yang canggih melalui Outline SDK.

Outline Manager membolehkan anda menyediakan pelayan VPN anda sendiri. Sediakan pelayan anda sendiri dan kongsi kunci akses secara terus daripada aplikasi desktop. Outline Manager tersedia pada semua sistem desktop.

Dapatkan Outline Manager

Outline Client ialah apl yang ringkas dan mudah untuk digunakan yang membolehkan anda berkongsi akses kepada VPN anda dengan sesiapa sahaja dalam rangkaian anda. Muat turun apl pada peranti mudah alih atau desktop untuk melindungi semua peranti anda. Buat sambungan kepada pelayan anda menggunakan kunci akses unik anda yang dijanakan oleh Outline Manager.

Dapatkan Outline Client

Terokai pustaka merentas platform dan set alatan yang memanfaatkan strategi perangkaian lanjutan Outline untuk melindungi apl dan alatan VPN anda daripada gangguan peringkat rangkaian.

Mulakan

Internet yang Boleh Dipercayai

Outline berasaskan sumber terbuka serta diaudit oleh Radically Open Security (2018, 2022) dan Cure53 (2018, 2024).

Laman web getoutline.me dan saluran Telegram yang berkaitan, "@OutlineVpnOfficial", bukan gabungan pasukan Outline dan kami tidak dapat membantu pengguna yang mengalami masalah dengan kunci akses daripada perkhidmatan ini.